adakah secebis rasa yang aku rasa ini
engkau
rasa juga...
kau beri aku secebis rasa manis
tetapi
kau lemparkan aku
senyuman
palsu dengan angkuh...
kau beri aku secebis rasa pahit
lalu
kau hiris hati aku
diam diam
lalu kau biar ia berdarah...
kau beri aku secebis rasa masam
setelah
kau simbah asid di hati aku lalu
lama lama
rapuh mereput satu satu...
kau beri aku secebis rasa sodium chloride
dikala
kau sudah jemu dengan rasa yang tiada rasa
seakan akan
engkau yang tidak mahu terima lagi
rasa ini...
kau beri aku secebis rasa
pahit
manis
masin
masam
dalam hidup aku
lalu aku mula mengerti
kau sebenarnya parasit
yang singgah di hati aku
tanpa izin...
atirahfirzan
3/4/2015
No comments:
Post a Comment